RESEPI UTAMA Berikut adalah masakan berasakan MULTIPURPOSE CHILI PASTE , Masakan menggunakan perencah ini tidak terhad bergantung kepada kreativit Chef . Dia Best , memang Mudah , Sedap dan Lazat ..Selamat Mencuba. NASI GORENG UDANG
Masukkan 2 sudu besar minyak masak Nasi 1 mangkuk 3 ekor udang 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sambal serbaguna 1 biji telur sedikit sayur dan garam secukup rasa Caranya: 1.Panaskan minyak + udang+sambal serbaguna+sos tiram dan masak sampai wangi. 2.Masukkan nasi dan goring sebentar dan 3.Masukkan telur dan goreng dan boleh tambah sayur jika mahu.
PENANG FAMOUS CHAR KOEW TEOW
Masukkan 2 sudu besar minyak Koey teow segengam @ 70 gm 3 ekor udang + kerang 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sambal serbaguna 1 sudu makan kicap manis 1 biji telur garam Tauge / kucai Sedikit air Caranya 1.Panaskan minyak dan goreng udang dan kerang 2. Masukkan 6 sudu perencah Char koew teow Dia Best 3.Masukkan segengam koey teow ( 70 g ) , tauge , daun bawang dan masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu. 4. Matikan api , elakkan telur menjadi beku atau kuah menjadi kering. 5.Kuatkan api ketika memasak.
SOTONG MASAK PEDAS Masukkan 2 sudu besar minyak Sotong 3 ekor Serai 2 batang –dihiris cili padi 6 biji-dihiris Bawang besar potong dadu 1 sudu sos cili (jika mahu) 1 sudu kicap masin 2 sudu makan sambal serbaguna Garam secukup rasa Caranya: 1.Panaskan minyak+ goring sotong + sambal serbaguna+sos cili+kicap dan masak. 2.Apabila kuah pekat masukkan cili ,serai dan bawang 3.Masak sampai mendidih. Untuk masak pedas ikan kembung hanya perlu goreng ikan dan masak kuah seperti di atas dan simbah atas ikan yang telah di goreng. PAPRIK CAMPUR 2 sudu sambal serbaguna 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos cili Sedikit ayam, sotong, udang (ikut kemahuan) Lobak merah, bunga kobis atau sayur lain Sedikit air dan garam Caranya 1.Panaskan minyak dan goring ayam+sotong+udang+air 2.Masukkan sambal serbaguna+ sos tiram+sos cili 3.Masukkan sayur-sayuran dan tambah garam sedikit IKAN BAKAR Ikan ikut kemahuan 2 ulas bawang besar + serai 2 batang dimesin/ditumbuk 3 @ 2 sudu sambal serbaguna Garam dan gula sedikit Santan pekat Caranya: 1.Gaul semua bahan di atas bersama dengan 3 sudu perencah Chili Serbaguna dan lumurkan pada ikan dan bakar. AIR ASAM Cili padi hiris halus Bawang besar dipotong dadu Tomato dipotong dadu Air asam , belacan, garam sedikit 2-3 sudu sambal serbaguna ( 1-2 ORANG MAKAN )
Rebus daging dan hiris nipi ½ biji bawang besar dipoton 2 sudu makan sambal serbaguna 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tiram Sedikit minyak Secubit garam Caranya: 1.Panaskan minyak dan goring daging + sambal serbaguna+sos cili +sos tiram +garam dan bawang besar.
RENDANG HITAM AYAM Goreng ayam 1/2 ekor Bawang besar 3 biji dimesin Serai 5 batang dimesin Buah keras 5 biji + halia sedikit dime Sos cili 2 sudu makan Sos tiram 1 sudu 1 peket sambal serbaguna Sedikit air asam jawa Minyak Kicap manis secukup hitam Garam sedikit Caranya: 1.Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dimesin + sos cili+sos tiram +sambal serbaguna dan masak hingga kuah pekat. 2. Masukkan air asam jawa +garam sedikit +kicap manis dan masukkan ayam yang telah digoreng.
KEMBUNG 3 RASA Goreng ikan kembung dan ketepikan Minyak sedikit 3 sudu sambal serbaguna 3 sudu sos cili 1 sudu sos tomato 1 sudu sos tiram Nenas dan timun dipotong Garam Air sedikit Caranya 1.Panaskan minyak dan masukkan sambal serbaguna+sos cili+sos tomato+sos tiram +air sedikit +nenas +timun dan masukkan garam sedikit 2. Apabila kuah pekat , masukkan ikan kembung yang telah digoreng.
KANGKUNG GORENG BELACAN
Masukkan secubit Belacan 2 sudu besar chili segera serbaguna atau ikut rasa Kicap masin / manis Kangkung 2 - 3 ketul tenggiri Air Caranya 1.Masukkan sambal serbaguna+belacan+tenggiri jeruk+air+kicap dan kangkung. Goreng sampai masak.
TOMYAM POK TEK 2 ulas bawang putih diketuk 2 biji cili padi diketuk 3 batang serai diketuk 2 inci halia dipotong halus 2 inci lengkuas dihiris halu 4 sudu sambal serbaguna atau lebih jika mahu pedas Daun limau purut dan limau nipis Minyak 2 ekor ketam dan 2 ekor sotong 15 ekor lala dan sedikit isi ikan siakap jika mahu 6-7 ekor udang Garam secukup rasa dan tambahkan sedikit Air untuk Kuahnya Caranya 1.Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih + cili padi+serai+halia+lengkuas+sambal serbaguna+garam sedikit + air 2.Masukkan ketam +ikan dan didihkan. 3.Masukkan sotong +udang+lala 4.Apabila telah mendidih , masukkan perahan limau nipis 5.Masukkan 2 - 3 helai daun limau nipis , ini akan menambahkan aroma masakan. MEE UDANG 200 gram udang geragau direbus dan di mesin 4 ekor udang besar 2 sudu makan sup tomato 1 sudu sos cili 2-3 sudu makan chili segera serbaguna Tomato sebiji belah 4 Sayur sawi sedikit Telur 1 biji jika mahu Mee basah dan minyak 250 ml air dan tambahkan garam secukup rasa. Caranya: 1.Panaskan minyak + udang yang telah dimesin dan masak sampai wangi. 2.Masukkan sos cili +sup tomato+sambal serbaguna+air+garam sedikit + mee+tomato dan masak sampai mendidih dan masukkan telur jika mahu. 3.Masukkan sawi dan tambahkan garam secukup rasa |